asma ul husna

Thursday 17 July 2014

UJIAN ITU BERLIAN PERMATA

Assalamualaikum WBT... Mulakan Harimu Dengan SENYUMAN ^__________________^  Bissmillahirahmanirahiim.......
Ucapan Assalam KASIH SAYANG SATUKAN HATI UNTUK UKHUAH dan Assalam KERINDUAN HATI KITA KEPADA KASIH SAYANG RAHMATAN LILLAHI TA'ALA....Allahumastaan...


Saudara pembaca yang dikasihi Allah SWT...Selamat Berpuasa dengan harapan puasa tahun ini lebih upgrade dari tahun sudah...inshaAllah....sabarlah duhai hati kerana hidup ini sudah tidak lama..ibarat hanya 5 minit kita berada dimuka bumi ini.

Ujian dan ujian setiap hari..hingga kita letih berkisah mengenainya....kesedihan....patah hati.....kerisauan...kebingungan dan segala macam penyakit dalam diri kita termasuk penulis juga...Allah...mampukah kita?...cekalkah kita? siapa kata kita mampu.....namun untuk membuka ruang MAMPU hanya dengan 4 perkataan AKU MAMPU KERANA ALLAH...

Wahai saudara-saudaraku disaat ini dan di ketika ini bukan saja diri kita diuji malah saudara-saudara islam kita nun di palestin juga bukan setakat saban hari namun setiap saat tidak kurang dari 0.01 saat jiwa..hati...perasaan mereka kacau bilau... AllahuAkhbar...tetapi disebalik ujian itu mereka menganggap ujian bagi mereka adalah BERLIAN dan PERMATA..yang bakal dan sah! mereka dapat nanti....anugerah abadi..khas mereka-mereka yang bersedia dijalan Allah...bersedia menggilis hati mereka!!

~SEMOGA BERTEMU DI SYURGA~ ^__________^

Sunday 18 May 2014

HILANG SETAHUN, KEMBALI DEMI PEMINAT

Assalamu'alaikum WBT........
Mulakan harimu dengan SENYUMAN....... Bissmillahirahmanirahiim......Assalam Kasih Sayang Satukan Ukhuah dan Assalam Kerinduan Kasih Sayang Rahmat Allah...Baiknya Allah....

Hampir setahun tidak menulis di blog diari hati ku...disinilah teratak untukku meluahkan rasa hati..apa saja yang inginku kongsikan...maaflah tiada copy and paste...saya lebih suka menulis mengikut fahaman sendiri mengikut logik akal.

Beberapa bulan yang lepas seorang dari friend list melalui laman facebook ,mengharap sangat jika saya menulis kembali. Agak ramai juga yang mahu saya kembali aktif berkongsi kisah kasih mengharungi kehidupanku ini namun berlainan sekali seorang peminat yang begitu menghalusi pemikirannya  mengenai saya yang entah apa-apa ni. Nak kata saya terer menulis tu takde la juga merepek ada la...alahai...walau apa pun saya benar-benar hargai beliau dan begitu juga yang lain-lain tak henti-henti mendoakan ku.

Oleh kerana sudah lama tidak menulis hari ini dengan izin Allah saya just nak kongsi mengapa begitu lama saya menghilang dari teratakku ini..sebenarnya setelah seorang peminat bertanya bila saya akan update blog saya pun baru perasan yang saya sudah lama tidak menulis. Dengan semangat saya pada mulanya nak update lah beberapa kisah sekali password email blog ini pulak saya tak ingat langsung than...saya pun bertangguh lah tambahan pulak kesibukan yang terlalu padat and hari ini saya cuba free kan diri santai suddenly teringat pula password Allhamdulillah apa lagi terus je capai laptop and...hehehehe.

Sepanjang tahun 2013 masyAllah dugaan yang tidak mampu diungkapkan melalui kata-kata hanya airmata mampu menjawab, syukur saya masih sedar ujian itu adalah kasih sayang Allah swt untuk kita senantiasa meletakkan diri kita ini dibawah kasih sayangNya. Syurga itu terlalu mahal untuk mendapatkannya perlu berusaha dan berkorban apa saja jika perlu ketepikan diri demi mencapai kehidupan yang kekal abadi. Bukan mudah bagi mereka yang menganggap kehidupan di Dunia ini adalah seperti tiada kiamat sedangkan sudah termaktub semuanya PASTI!.

Jika anda tidak mampu berusahalah hingga anda mampu memilih jalan hidup kembali ke negeri yang asal, jika tidak anda akan menyesal. Petuanya mudah pembaca ku sayang latih diri untuk cintakan kebaikan dengan cara hidup sunnah Rasulullah SAW, jika kita banyak meletak baginda sebagai idola yang kita sanjungi malah kesayangan kita pasti saja anda akan mendapat satu nikmat mencintai Allah adalah perkara yang paling indah. Dari itu anda akan perlahan-lahan menjadi seorang hamba Allah SWT yang menjadi insan yang mengasihi apa jua perkara yang dihadapi dengan hati yang tenang tulus ikhlas,  saya juga mengingatkan untuk diri saya juga..

Hidupku tidak seindah yang disangka, ketika saya memilih untuk hidup sendiri kerana sudah tidak mampu menahan zahir dan batin tapi apa yang berlaku biarlah menjadi satu kenangan yang tragis untuk berdendam tidak mungkin..sudah ku maafkan walaupun hakikatnya trauma ku harus kuat dan kuat...tiada nilainya mendapatkan keadilan di dunia ini yang ku kira seperti neraka dunia bagiku mereka telah diuji Allah namun gagal melaksanakan tanggungjawab biarlah Allah SWT yang menghukumnya. Saya masih waras ada akal yang diberi Allah agar kita dapat berfikir dengan baik, walaupun keluarga dan sahabatku marah dengan tindakanku yang tidak mengambil kisah bagiku hukuman Allah ittu lebih dahsyat tidak perlu lah saya nak berlebih-lebihan  cukupla sekadar menangis seorang diri jika sakit sangat perasaan selepas itu pasti akan lebih baik.

Inilah petua untuk memiliki hati yang tenang beribadat pun tenang bukan itu saja malah awet muda tanpa alat solek..ketenangan dan keikhlasan itu akan timbul diwajah kerana kecantikan itu haruslah dari dalam barulah jiwa bersih otak lebih bijak.

Apa-apa pun ujian fitnah baik dari aktiviti ku hinggalah soal jodohku, biarlah saya memilih untuk melaksanakan matlamatku yang sebenar walaupun pada ketika ini AllahuAkbar , semuanya atas satu matlamat amanat walapun tidak mampu ku tanggung beratnya amanat ini tapi demi kerana kasih sayangku kepada TuhanKu..BERKORBAN APA SAJA..HARTA ATAU PUN NYAWA

~SEMOGA BERTEMU DI SYURGA~