SALAM KASIH..DARI SAYA UNTUK ANDA..senyum adalah satu sedekah,wajah yang berseri-seri adalah kerunia rabbani dan pemberian illahi.sungguh beruntung orang yang sentiasa membawanya di wajah dan kedua-dua pipinya.mempersembahkan senyuman merupakan pendahuluan kasih sayang,ikatan persahabatan dan tanda2 kebersihan hati.rasulullah saw pernah bersabda:
senyummu kepada saudara mu adalah sedekah."
sungguh agung risalah mulia ini yang telah menjadikan keceriaan wajah sebagai amal soleh yang mendatangkan pahala.sebaliknya,kemasaman wajah menunjukan kesempitan jiwa dan keberatan beban batin serta akhlak yang tidak lurus.
wajah yang masam akan mengirimkan kepada anda kesan kejenuhan,menghantarkan kepada anda isyarat peringatan dan kewasapadaan,dan dia inginkan anda mengerti bahawa dia tidak menyukai anda.
kita memerlukan senyuman,senyuman kasih sayang kepada ibu bapa,senyuman penuh penghormatan kepada orang yang berilmu,senyuman kasih sayang kepada kanak2,senyuman cinta kepada isteri dan senyuman kesetiaan kepada sahabat2.
marilah anda2 semua kita tersenyum dan meninggalkan wajah masam,kerana Rasul kita saw adalah orang yang sentiasa tersenyum( macam saya ni alamak terlebih sudah sometimes),berwajah cerah dan murah hati.oleh sebab itu Allah swt berfirman kepada baginda:
"dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." surah al-qalam.
harapanku semoga kiranya saya dapat berkongsi sedikit ilmu untuk pakaian kita sehari2an..insyAllah di lain waktu kita bertemu lagi...asssalamualaikum wbt..