ASSALAMU'ALAIKUM WBT....Mulakan Harimu Dengan SENYUMAN ALLHAMDULILLAH......^________^ BISSMILLAHIRAHMANIRAHIIM
Setiap dugaan pasti ada hikmahnya cuma kadang kala manusia DEGIL menyedari HAKIKAT ini...menyedari bahawa ALLAH SWT SAYANG TERLALU SAYANG TERLALU SANGAT...
tetapi hati manusia dihalang oleh SYAITAN LAKNATULLAH menyebabkan hati menjadi degil menerima kenyataan disebalik dugaan itu terselit KASIH ALLAH SWT yang membuka taufik jalan ke SYURGA NEGERI AKHIRAT dengan memberikan hamba-hambanya dugaan.
Semakin hamba-hamba yang mukmin redha dan menerima dugaan itu selagi itu ALLAH SWT akan terus memberikan dugaan. Setiap dugaan bergantung pada amal soleh manusia dan dugaan dari sekecil-kecil perkara hingga perkara yang tidak pernah kita fikirkan akan berlaku.
Namun begitu seringkali tatkala musibah datang barulah kita ingat ALLAH SWT satu pengertiaan yang perlu difahami yaitu MUSIBAH juga salah satu perkara yang datang dari ALLAH SWT untuk menegur manusia supaya tidak leka dengan bahtera hidup manusia agar senantiasa memastikan laluan itu tetap di kedudukan yang sebenar.
Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ?
Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri
dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali
kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi
tenang.Firman Allah SWT :
"Tiada sesuatu musibah yang
menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman
kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."
( At-Taghabun:11).
Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan
qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak
boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang
menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk
memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:
.
"...Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui.".
Kesimpulannya ketuklah hati sendiri manusia tak kan mampu mengubah nasib atau tanggapan yang bersarang dalam diri melainkan dirinya sendiri dongak la kelangit biru lihatlah disebalik awan-awan yang sedang bergerak tanpa ada alat yang mengerakkan melainkan kuasa ALLAH SWT...fikir sejenak disebalik kepulan awan putih itu ada sesuatu yang sedang menunggu diluar sana sesuatu yang bakal jantung manusia boleh tercabut bila memikirkan apatah lagi bila memikirkan hal itu adalah sesuatu yang sedang memerhati sesuatu yang sedang menekan suis kepada penamat segala kehidupan yang ada dimuka bumi ini.Maka jika kita terfikir REDHA PUN DATANG MALAH TAUBAT PUN MENEBAL DALAM SEGENAP DIRI...Duhai hati yang degil janganlah engkau teruskan lah melayani perasaanmu berjuanglah hingga ke garisan penamat~SEMOGA BERTEMU DI SYURGA~ AMIN...AMIN.....YA ALLAH.... ^___^