ASSALAMU'ALAIKUM WBT....Mulakan Harimu Dengan SENYUMAN ALLHAMDULILLAH......^________^ BISSMILLAHIRAHMANIRAHIIM
Setiap dugaan pasti ada hikmahnya cuma kadang kala manusia DEGIL menyedari HAKIKAT ini...menyedari bahawa ALLAH SWT SAYANG TERLALU SAYANG TERLALU SANGAT...
tetapi hati manusia dihalang oleh SYAITAN LAKNATULLAH menyebabkan hati menjadi degil menerima kenyataan disebalik dugaan itu terselit KASIH ALLAH SWT yang membuka taufik jalan ke SYURGA NEGERI AKHIRAT dengan memberikan hamba-hambanya dugaan.
Semakin hamba-hamba yang mukmin redha dan menerima dugaan itu selagi itu ALLAH SWT akan terus memberikan dugaan. Setiap dugaan bergantung pada amal soleh manusia dan dugaan dari sekecil-kecil perkara hingga perkara yang tidak pernah kita fikirkan akan berlaku.
Namun begitu seringkali tatkala musibah datang barulah kita ingat ALLAH SWT satu pengertiaan yang perlu difahami yaitu MUSIBAH juga salah satu perkara yang datang dari ALLAH SWT untuk menegur manusia supaya tidak leka dengan bahtera hidup manusia agar senantiasa memastikan laluan itu tetap di kedudukan yang sebenar.
Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ?
Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri
dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali
kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi
tenang.Firman Allah SWT :
"Tiada sesuatu musibah yang
menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman
kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."
( At-Taghabun:11).
Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan
qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak
boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang
menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk
memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:
.
"...Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui.".
Kesimpulannya ketuklah hati sendiri manusia tak kan mampu mengubah nasib atau tanggapan yang bersarang dalam diri melainkan dirinya sendiri dongak la kelangit biru lihatlah disebalik awan-awan yang sedang bergerak tanpa ada alat yang mengerakkan melainkan kuasa ALLAH SWT...fikir sejenak disebalik kepulan awan putih itu ada sesuatu yang sedang menunggu diluar sana sesuatu yang bakal jantung manusia boleh tercabut bila memikirkan apatah lagi bila memikirkan hal itu adalah sesuatu yang sedang memerhati sesuatu yang sedang menekan suis kepada penamat segala kehidupan yang ada dimuka bumi ini.Maka jika kita terfikir REDHA PUN DATANG MALAH TAUBAT PUN MENEBAL DALAM SEGENAP DIRI...Duhai hati yang degil janganlah engkau teruskan lah melayani perasaanmu berjuanglah hingga ke garisan penamat~SEMOGA BERTEMU DI SYURGA~ AMIN...AMIN.....YA ALLAH.... ^___^
Tiada seindah ungkapan dapatku ucapkan pada mu ya..Allah yang maha suci,Tuhanku...pimpinlah aku...curahkan lah karunia mu...
Thursday, 4 April 2013
Sunday, 20 January 2013
KISAH KASIH HIDUPKU (Episode 1)
As-salam...mulakan harimu dengan senyuman ^_______^ Bissmillah......
Assalam pembaca-pembaca yang di Rahmati Allah swt....kali ini penulis membawa anda tentang satu kisah kehidupan berdasarkan kisah nyata dalam kehidupan seorang sahabat....dia merupakan seorang yang sangat takut mengenai status hubungan cinta,kepercayaannya pada makhluk Allah ini sudah lama mati ketika perkhawinan pertamanya.Sahabat meletakkan kepercayaan sepenuhnya tapi sayang semua itu hanya lakonan semata-mata...oleh kerana hidupnya tak pernah sudah dengan menghadapi jutaan rintangan hidup....bukan mudah menghadapi dugaan yang berat.
Mungkin bagi kita dugaan boleh di jawab dengan satu perkataan yaitu SABAR..namun bagi sahabat ini,bukan mudah baginya jika hidup dikejar makhluk yang bernama "lelaki" harus berhati-hati tersilap langkah membunuh dirinya sendiri,hidupnya dikelilingi oleh orang-orang yang senantiasa perlukan perhatiannya,perlukan tenaganya dan pendek kata segala yang berkaitan tentang dirinya akan dipergunakan,orang-orang yang hasad dengki itu sudah lumrah baginya.
Dalam perjalanan sahabatku di dalam dunia yang bertemankan airmata,tiada keluarga untuk mengadu,hanya anak-anaknya menjadi peneman hidupnya..jatuh bangun sahabat ini ditelan bulat-bulat hidup perlu diteruskan demi mencari keredhaan Allah swt.Keyakinannya pada Allah swt yang akan memimpin kehidupannya di atas muka bumi ini merupakan satu misi dakwah untuknya,berbagi ilmu setiap masa walaupun kadang-kadang tak semua ilmu dan kisah boleh diterima manusia namun sahabatku tetap teruskan walau sekejam mana duri-duri dalan setiap tebing perjalanan menusuk di setiap langkah tetap di teruskan,kerana sahabatku yakin menempah TIKET ke syurga bukan mudah umpama menggapai bintang di langit.
Tersebut kisah hidup dalam dunia percintaannya,tiada istilah cinta dalam kehidupanya.Tetapi tahun 2012 telah membawa sahabatku satu kenangan yang tak mungkin dia lupakan sampai bila-bila detik perkenalan yang sesingkat itu baginya terlalu indah untuk dilupakan,memang sahabatku mempunyai kenalan dan peminat ramai tetapi Allah swt telah membuka hatinya untuk rapat dengan pemuda ini.Perkenalan mereka tidak di rancang mereka berkenalan di laman muka buku pada mei 2012,pemuda ini tidak pernah berhenti untuk like statusnya walaupun hanya sebaris status sahabatku,dalam tempoh itu sahabatku tak pernah perasan tentang kewujudan insan istimewa ini.Seperti pemuda-pemuda lain dikira tak lebih dari hanya makhluk yang sukakan perhatian macam-macam lagilah karenah penulis sendiri susah membayangkan bagaimana 1001 kisah sikap kaum adam ni walaupun tak semua tapi nak select yang terbaik sikit ni memang payah.
BOLA,
Itulah detik bersejarah sebelum sahabatku jatuh sakit beberapa minggu sebelum itu,apabila lelaki tersebut tiba-tiba PM dalam inbox nya berkongsi kisah hidup sekejap than entah macam mana lelaki itu bertanya adakah sahabatku minat tengok bola kebetulan malam itu Malaysia lawan Singpore hanya dengan perbualan mesej di laman muka buku itu mereka berbual rancak tentang komen mereka tentang bola seolah-olah mereka sedang berbual bersebelahan dan akhirnya dari detik itu si pemuda yang mulanya menggelarakan sahabatku dengan panggilan KAK akhirnya telah jatuh hati BERSAMBUNG......
Subscribe to:
Posts (Atom)
