Assalamu'alaikum wbt..
Azab dan nikmat kubur meliputi semua orang yang mati..para Ahli kasyaf sepakat mengatakan bahawa himpitan kubur itu di rasakan kepada mayat sehingga bersilang antara dua rusuknya.
Hal ini turut dirasakan sama ada orang yang dikebumikan di dalam kubur,atau berada dalam perut binatang buas dan burung,jika tubuhnya dibakar dan ditaburkan pada angin sekali pun.
maka setiap juzuk dan zarah tubuhnya akan tetap merasa kepedihan itu walaupun anggota tubuhnya telah bercerai berai.hal ini dibuktikan melalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-bukhari dan muslim bahawa seorang lelaki telah berpesan kepada kepada keluarganya: " Apabila aku mati maka bakarlah tubuhku dan taburkan abu mayatku ke laut pada hari yang sangat panas." kemudian wasiatnya dilaksnakan oleh keluarganya.
Lalu Allah swt menitahkan daratan dan lautan supaya menghimpunkan tubuhnya yang bercerai berai,kemudian Allah swt berfirman kepadanya: "Apa yang menyebabkan engkau berbuat (berpesan) demikian?" maka sembah orang itu:" Yang mendorongku untuk melakukan demikian tidak lain kerana takutnya aku kepada-mu." kemudian Allah swt mengampunkanya.
Para ulama mengatakan: Kanak-kanak yang belum baligh juga turut mengalami himpitan dan seksa kubur seperti halnya orang yang baligh berdasarkan zahir hadith yang menyebutkan demikian.oleh kerana itulah para sahabat apabila menyembahyangkan jenazah kanak-kanak mereka berdoa kepada Allah swt supaya melepaskannya daripada seksa kubur. wAllahualam.
p/s: semoga iman dan tauhid kita senantisa dilindungi allah swt..dan di jauhkan dari godaan syaitan yang durjana insyAllah..amin ya rabbal alamiin..