Assalamu'allaikum wbt..kali ini kita renungkan bagaimana pulak orang-orang yang bertaubat di sisi Allah swt.
Tatkala orang yang bertaubat adalah kekasih Allah swt dan Allah swt senang dengan taubatnya.langit pun merasa gembira atas taubatnya dan syurga terbuka menyambutnya.
Orang yang bertaubat memiliki alasan yang dapat diterima,memiliki penyesalan yang telah di persembahkan,memiliki kesedihan yang datang dan airmata yang benar-benar lahir dari hati nuraninya.
Kalaulah dia tidak menyesali maksiat dan pelanggaran yang di lakukan,tentulah dia akan kembali melakukannya.
Orang yang bertaubat memiliki hati yang sedih,mata yang berair,kepala yang tertunduk dan permohonan ampun yang sentiasa hadir dalam dirinya dan akan sentiasa mudah mengalirkan airmata tatkala teringatkan Allah swt akan merasa betapa mulinya allah kerana memberi ruang taubat.
Wahai orang-orang yang bertaubat,di hadapan anda terdapat Tuhan yang maha pengasih,raja yang mulia,Tuhan yang sentiasa memberikan kurnia dan akan menghapuskan segala kesalahan,mengampuni segala dosa,menampal retak dan mengasihi kerendahan diri.
Wahai orang-orang yang bertaubat,dosa-dosa anda yang menggunung laksna debu berada dalam neraca ampunan Allah swt.
Timbunan dosa anda laksana butiran biji sawi di sisi Allah swt yang maha pengasih dan keredhaannya akan menghapuskan maksiat yang anda lakukan.
Allah berfirman yang bermaksud:
"kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik,maka orang-orang itu,Allah akan mengantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan;dan adalah Allah maha pengampun,lagi maha mengasihani." (surah Al-furqan).
begitu lah kasih Allah swt pada hambanya yang benar-benar ikhlas bertaubat.masyAllah..betapa hebat Allah yang maha esa.
p/s: cari waktu yang tenang renung kembali kemuliaan Allah swt kepada kita dan kehidupan kita sehari-harian,pernah ke Allah swt melupakan kita? tidak pernah walau sedetik pun bukan?buktinya kita masih hidup dan masih diberikan peluang untuk bertaubat..masyAllah zalimnya kita..sedangkan kita sedikit pun tidak pernah di zalimi melainkan kita menzalimi diri kita sendiri.
saya percaya kalau kita berjaya menyelami kata-kata saya anda tidak akan sedar airmata kita akan bergenang..wAllahulam..