SALAM KERINDUAN PENULIS KEPADA SEMUA,PENULIS MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN AL-KARIM KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT,SAHABAT-SAHABAT YANG DIKASIHI DAN PENGUNJUNG YANG SUDI BERKUNJUNG DITERATAK PENULIS.
Apa khabar semua??mudah-mudahan pengunjung yang budiman sihat dan bersemangat menunaikan puasa di bulan yang mulia ini,Lama rasanya penulis menghilang diri hingga lupa meneruskan perkongsiaan yang sedikit ini kepada pembaca.
DI sini penulis berkongsi serba sedikit mengenai amalan sunnat pada bulan yang mulia ini,semoga kita sama-sama mendapat nikmat rahmat dari Allah swt.
Di bawah ini adalah beberapa hadith Rasulullah saw yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan amalan yang sempurna dari kebaikan Ramadhan.Dipetik dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Fiqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaAllah.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar:
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa:
"Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR al-Bukhari & Muslim).
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah SAW, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Al-Bukhari & Muslim).
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa:
Rasulullah SAW bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim).
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka.
Dari Sahl bin Sa’d RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Al-Bukhari &Muslim).
Dari Anas RadhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah SAW sentiasa berbuka dengan beberapa biji tamar. Jika tidak tamar, maka Baginda SAW meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Tarmidzy).
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Tarmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Al-Bukhari & Muslim).
Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
'‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Al-Bukhari).
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata :
“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana serinya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (Al-Bukhari mengatakan riwayat ini lemah).
Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu mengatakan bahawa:
"Nabi SAW bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali solat.” (HR Bukhari).
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:
“Rasulullah SAW adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari Al-Quran. Maka Rasulullah SAW lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Al-Bukhari).
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari Al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah SAW bertadarus (mempelajari Al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca Al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari Al-Quran. Membaca untuk memahami Al-Quran yakni mentadabbur Al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Tarmidzy).
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih).
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR al-Bukhari & Muslim) .
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan.
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR al-Bukhari & Muslim).
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar RadhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari & Muslim).
Dari Aisyah RadhiAllahu ‘anha berkata:
“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah Baginda SAW wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Baginda itu.” (HR Al-Bukhari & Muslim).
InsyAllah mudah-mudahan kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi Muhammad SAW di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar di bulan ramadhan bermohonlah agar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah-sunnah ini menjadikan kita benar-benar insan yang bertakwa.Jangan lupa dan meremehkan sunnah Baginda seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga,sahabat dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
p/s:pembaca yang di rahmati Allah swt berhati-hati menyampaikan ilmu perlu juga kesedaran pada apa yang disampaikan wajiblah kita juga memperaktikan.bukan hanya pandai berkata-kata,ikut sunnah-sunnah Rasulullah saw dan sebagainya sesekali dongak dan lihat kiri kanan agar tiada perkara yang terlepas dari pandangan mata kita wAllahualam...
p/s:pembaca yang di rahmati Allah swt berhati-hati menyampaikan ilmu perlu juga kesedaran pada apa yang disampaikan wajiblah kita juga memperaktikan.bukan hanya pandai berkata-kata,ikut sunnah-sunnah Rasulullah saw dan sebagainya sesekali dongak dan lihat kiri kanan agar tiada perkara yang terlepas dari pandangan mata kita wAllahualam...