asma ul husna

Tuesday, 8 November 2011

DI PERLIHAT 10 SEKSAAN WANITA

Assalamu'allaikum wbt....

Ketika israk dan mikraj Rasulullah di bawa menaiki 'BURAQ' menuju ke KAABAH untuk proses pembersihan hati.

Nabi Muhammad saw turut mengalami beberapa peristiwa,antaranya dada Baginda dibedah oleh malaikat Jibrail dan Mika'ail,Hati baginda dicuci dengan air zam-zam dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikan was-wasnya,kemudian dituangkan hikmat ilmu dan iman ke dada Rasulullah.Selepas itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah'' selesai pembedahan,Baginda menaiki ''BURAQ'' meneruskan perjalanan dari Masjidil lharam ke Masjidil Aqsa perjalanan itu diiringgi kedua-dua malaikat Jibrail dan Israfil.

Setibanya tempat yang mulia itu lagi bersejarah Rasulullah diarah Jibrail berhenti dan menunaikan solat dua rakaat,Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah(Madinah).tempat dimana Rasulullah akan melakukan hijarah,bukit Tursina iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah swt serta Baitul-laham  iaitu tempat Nabi Isa a.s dilahirkan.

Dalam perjalanan itu Baginda diganggu jin ifrit dengan obor api,Peristiwa itu memperingatkan kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Seterusnya perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa,Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi.Antara pelajaran yang menjadi iktibar pada kita terutamanya kaum wanita peristiwa itu mengenai wanita.

Rasulullah saw melalui satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi.Baginda bertanya kepada jibrail,daerah apakah yang sedang mereka lalui.Jibrail menjawab;'Itulah makam Masyitah,seorang wanita penghulu syurga.''Dia adalah pengasuh anak Firaun pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan.

Masyitah memiliki semangat dan jiwa keislaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun.Kerana kekejaman Firaun,dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari ketika menyisir rambut rambut puteri Firaun,tiba-tiba sikat itu terjatuh.Dengan tidak sengaja,dia menyebut nama Allah swt.Ketika sang puteri mendengarnnya,bertanya siapakah Allah itu?Masyitah pada awalnya enggan menjawab,tetapi setelah di desak berkali-kali akhirnya akur dan memberitahu bahawa Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Tuhan Sekelian Alam.

Puteri itu pun mengadu dengan Firaun dan menyebabkan Firaun sangat marah apabila mengetahui Masyitah menyembah Tuhan selain dirinya.Lalu Masyitah dipaksa oleh Firaun agar mengakui dirinya (Firaun)sebagai Tuhan.

Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata"Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah swt'' kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun.Lalu dia memerintahkan menterinya,Hammam,agar membuat patung sapi diperbuat dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya dimasukan ke patung sapi,Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya.Tetapi dengan kehendak Allah swt terjadinya kejadian luar biasa.Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata:''Wahai ibuku!Teruskanlah dan jangan menyerah kalah,sesungguhnya engkau di jalan yang benar.''

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa.'' lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini di peringati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa israk dan mikraj.

Perjalanan seterusnya Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah saw menangis apabila mengenangkannya.Antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak dikepalanya mendidih,mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki.

Seksaan lain adalah perempuan yang digantung dengan lidah,tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan kedalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-kata.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan kedalam kerongkongnya mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Ada pula kedua-dua perempuan diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun,dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking,itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa,tetapi tidak mahu mengerjakannya tidak wudhuk dan tidak mahu mandi junub.

Ada pula mereka yang sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan dibawahnya ada api yang menyala golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang yang melihat perhiasannya.Selain itu Baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai.Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta,ada juga perempuan yang Baginda lihat,wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya.Ia adalahakibat daripada perempuan yang suka marah suaminya dan memfitnah orang lain...
NAUZUBUILLAH MINZAALIIK...

p/s:ini adalah peringatan untuk kaum wanita dan diri saya sendiri insyAllah..