asma ul husna

Tuesday, 2 August 2011

Al-Quran dan khasiatnya

Assalamuallaikum wbt..
Rindunya sudah lama tidak mencoret cerita di blog ini apa2 pun sebelum saya terlupa saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan Al mubarak mudah2an di tahun ini kita sama2 memperkuatkn amalan kita insyAllah..
Para pembaca Al-quran adalah kitab Allah yang tidak ada kemusykilan padanya kerana Allah menurunkan al-Quran melalui malaikat Jibrail.Allah berfirman:
'Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan rapi,kemudian dijelaskan secara terperinci dari sisi yang maha bijaksana,lagi maha mengetahui.'
Al-quran adalah kitab terpelihara kerana begitu jaminan yang diberikan Allah swt.oleh demikian,kita dapati begitu ramai orang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi pemeliharaan serta penulisan al-Quran yang rapi oleh sahabat selepas ayat diturunkan dan dibukukan pada zaman khalifah ar-Rasyidin.
Al-Quran adalah mukjizat terbesar dikurniakan kepada Nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia.manusia tidak mampu menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa,makna dan cerita yang terkandung di dalamnya.
Al-Quran adalah kitab sepanjang zaman,bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertenu..sama2 lah kita hayati al-Quran apatah lagi dibulan yang mulia ini ye..