Assalamuallaikum WBT..
"Dan Allah telah menjadikan isteri firaun (Asiyah binti muzahim) sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman ketika ia memohon kepada Tuhannya: binalah untukku sebuah rumah di sisimu di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim." (surah at-Tahrim:ayat 11).
kembali ke pangkuan sejarah pada zaman hidupnya musa a.s,isteri firaun,Maryam binti imran adalah sama dengan melihat semula simbol kesucian,kerana kedua-dua wanita ini merupakan taladan bagi seluruh kaum wanita daripada watak-watak dan sifat-sifat yang diredahi Allah.Asiyah dan maryam adalah wanita yang membuktikan diri mereka seorang wanita mikminah sejati,rajin beribadat,rela berjihad dan sabar menghadapi rintangan.
Barangkali baik dikemukakan pertanyaan siapa sebenarnya asiyah dan maryam?Bagaimanakah cara hidupnya?mengapa mereka dianggap sebagai teladan bagi seluruh kaum wanita.
Kalau asiyah hidup dalam iman walaupun tinggal di rumah firaun yang zalim,maka maryam mempunyai sejarahnya tersendiri ditinjau dari kacamata agama.maryam telah di sepakati sebagai satu daripada "ayat Tuhan" bagi alam semesta,kerana dirinyalah berlaku kemukjizatan yang di tetapkan ilahi.Lalu bagaimanakah perjalanan hidupnya?dimanakah letaknya kelebihan nya hingga ia menjadi lambang wanita mukminah yang perlu diikuti?
terdapat berbagai-bagai pendapat di kalangan ulamak tafsir mengenai asal usul keturunan Asiyah binti munzahim.benarkah ia berasal dari mesir atau seorang daripada wanita-wanita yang ditawan firaun ketika berlaku peperangan antara kerajaan firaun dengan kerajaan kisra parsi?bilakah ia bermula beriman?Dan mengapa dia di bawah kuasa firaun bertahun-tahun tanpa melarikan diri?Apakah yang menyebabkan ia bertahan di dalam istana firaun dalam waktu yang lama?
soalan-soalan ini telah di jawab oleh para ulamak tafsir dengan pelbagai jawapan yang berbeza-beza.Tetapi di antara jawapan-jawapan tersebut,kami bersandar kepada sebuah hadis yang di riwayatkan daripada Rasullulah s.a.w bahawa nama isteri firaun itu ialah Asiyah binti munzahim sementara firaun yang dimaksudkan ialah firaun yang hidup di zaman musa a.s sebagaimana dijelaskan di dalam Al-Quran.
Tentang bila dan darimana datangnya iman ke dalam hati Asiyah,kami percaya melalui dua kemungkinan:
1~ kemungkinan sejak pada masa kecilnya sudah beriman.dan ini menguatkan pendapat yang mengatakan ia bukan berbangsa mesir,tapi orang yang datang dari luar mesir.Namun kita tidak begitu berkepentingan menyildiki bangsa dan nasab keturunannya,kita lebih mementingkan keimanannya.
2~ kemungkinan ada hubungan nasab antara Asiyah dengan lelaki beriman di kalangan keluarga firaun.di dalam Al-Quran diceritakan ada di antara keluarga firaun lelaki yang beriman.Barangkali melalui orang ini ia tertarik tentang keesaan Allah swt.ditambah dengan akal fikiran serta nuraninya,sebab fitrah setiap manusia cenderung kepada kebenaran.
Sesungguhnya dapat diterima akal sekiranya dakwaan yang mengatakan Asiyah beriman kepada keesaan Allah swt di sebabkan dakwah secara senyap-senyap yang di jalankan oleh lelaki beriman yang ada di antara keluarga firaun.lebih-lebih pula persekitaran hidup Asiyah dikelilingi oleh tindak tanduk firaun yang sangat zalim.
Malah lebih daripada itu,Asiyah yang menjadi isteri firaun dan tinggal di istana firaun sudah tentu mengetahui selok-belok dan rahsia diri firaun yang bongkak dan angkuh Asiyah juga mengetahui kelemahan-kelemahan serta kekurangan-kekurangan firaun.termasuk hubunganya dengan tukang-tukang sihir dan pendita yang tidak seorang pun mengetahui perkara ini kecuali ia dan firaun,bahkan hal ini tidak di ketahui oleh pembesar-pembesar negara.
Demikianlah serba ringkas tentang Asiyah binti munzahim,wahai pembaca yang mulia.rasanya keterangan dan penerangan ini yang sedikit cuma itu memadai untuk anda jadikan asas untuk menyusuri diri dan perbincangan yang lebih luas serta mendalam. wasalam.