Assalamuallaikum wbt..
selamat hari raya maaf zahir dan batin dunia dan akhirat..kali ini saya ingin membicarakan bagaimana Al-quran membentangkan kejadian alam untuk kita perhatikan dan amati keistimewaanya kejadiannya sebagai tanda kebesaranya.malah Allah swt mengajar kita untuk memikirkan kejadian diri kita sendiri.Firman Allah dalam surah al-nahl ayat 78 bermaksud:
"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu dalam keadaanya kamu tidak mengethui apa-apa dan dijadikan kamu pendengaran,pengelihatan hati mudah-mudahan kamu bersyukur"
Allah bentangkan dalam bentuk persoalan,firmanya dalam surah al-ghasiyah ayat 17-20,yang bermaksud:
"kamu perhatikan unta bagaimana ia dijadikan kepada langit bagaimana diangakat,bukit-bukit dan bagaimana ia ditinggikan dan bumi bagaimana ia dihamparkan".
Al-quran menarik perhatian untuk melihat keindahan sesuai dengan sifat semula jadi manusia suka kepada kindahan. keadaan ini dapat menyentuh perasaan dan mendekatkan diri kita kepada Allah swt dalam surah al-tariq ayat 5 yang bermaksud:
"hendaklah manusia itu melihat memerhatikan daripada apa mereka diciptakan.diciptakan daripada air yang tertumpah antara tulang punggung dan tulang dada sesungguhnya Tuhan itu berkuasa mengembalikannya".
begitulah ayat al-quran menarik perhatian,berpandukan metod al-quran dalam mengukuhkan akidah para pembimbing saudara baru boleh mengambil iktibar daripadanya antara yang perlu diambil perhatian ialah:
-memantapakan syahadah-
pengucapan dua kalimah syahadah menjadi titik peralihan daripada seorang itu bukan islam kepada islam.mengucap dua kalimah syahadah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah swt dan bernabikan Muhammad saw.
proses memberi kefahaman ini mengambil masa yang panjang dan perlu ketekunan dan ketabahan daripada pembimbing.walaupun pada peringkat awalnya mereka perlu mengucap dua kalimah syahadah untuk memeluk islam tetapi selepas itu menjadi tugas pembimbing untuk menerang jalan mereka secara beransur2.
'Asyhadu' bererti mengethui,menerangkan,menjelaskan,meniktiraf,beriktikad dan berikrar seluruh anggota bahawa ''tiada Tuhan selain Allah''.syahadah bererti berniat dalam hati perlu di perjelaskan dan di fahamkan agar niat itu benar2 lahir dalam hati..dalam hati setiap manusia siapa yang tahu.ditakuti sekiranya kurang faham akan kembali kepada agama asalnya yaitu dipanggil 'murtad' subhanAllah...
p/s; semoga kita dapat menafaatkan walaupun hanya sepotong ayat insyAllah..