Bissmillahirahmanirahiim....
Penulis mengucpakan Selamat bergembira pada diri sendiri selamat berkasih sayang pada semua orang..SALAM PADA PENCIPTA ALLAH SWT,SALAM PADA NABI MUHAMMAD SAW..Sahabat-sahabat yang dirahamati Allah swt..pernahkah kita berfikir sejenak bagaimana kita menjadi insan yang lindungi Allah?yang kuat dalam menjalankan kehidupan yang penuh dengan 1001 kisah kehidupan manusia?Petuanya banyak wahai sahabat-sahabatku..asalkan kita ada satu yaitu :
~TERSENYUM,WALAU KAMU MENANGIS~
Kerana itu sangat INDAH,sangat MULIA Nabi Muhammad saw adalah MANUSIA yang PALING BANYAK MENANGIS...MENANGIS UNTUK DOSANYA,(sedangkan Nabi adalah paling sempurna),MENANGIS UNTUK UMATNYA,MENANGIS DOSA-DOSA UMATNYA...hiba sangat-sangat kerana Baginda tidak tergamak umatnya masuk ke NERAKA JAHANAM..NauzubillahiMinzaalik...
Penulis ingin berkongsi kisah seorang wali Allah yang begitu hebat dalam kehidupannya dalam mengharapkan keredhaan TuhanNya,tanpa mengharapkan kasih sayang dari orang lain,tanpa mengharapkan balasan,ketaatanya pada TuhanNya subahanAllah begitu mulia...KecintaanNya Pada TuhanNya hanya TAAT DAN SETIA,SAYANGNYA DAN CINTANYA hanya ALLAH SWT..
Dia adalah Uwais Al-Qarni merupakan satu contoh anak yang sangat soleh sehingga namanya disebut oleh Nabi SAW kepada sahabat-sahabat Baginda.
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W:
“Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah
S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan
Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang
datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais
al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang
Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam,Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang
berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak
digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang
yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan
lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa
dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit
sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada
Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya
berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi
menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk
membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya:
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli
seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat
sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi
(rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan,
pada
petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal.
Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut
untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya
dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu
makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan
beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk
lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa
naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di
sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg,
selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg.
Otot-otot
tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah
mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai
musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk
dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari
Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia
meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.
Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya
yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya
dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan
di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya
dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi:
“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata:
“Saya keberatan untuk
berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian
Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah:
“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan
melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang
diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa
(sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada
dirinya, dia berdoa:
“Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta,
hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok
sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais
kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah
tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan
Sayyidina Ali:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu
bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah
Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal
dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia
telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah.
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti
yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais
berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina
Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke
Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu
iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah
mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika
itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya:
“Anda hendak pergi ke
mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku
tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”
Uwais menjawab:
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku
sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang
amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak
terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit,keperibadian yang sangat takut mendoakan dirinya HAMBA ALLAH ini hanya mahu mendokan orang lain,bukan dirinya..ibarat LILIN MEMBAKAR DIRI. Wallahua’lam....
P/S:mari renungkan sejenak wahai sahabat-sahabatku sayang...apakah kita mampu melakukan kebaikan itu walau sebesar zarah?tanpa mengungkit?ikhlas kah kita...atau sekadar menyedapkan hati pada orang lain...ingat segala kata-kata kita akan dipertanggungjawabkan di ya'umi Masyar walau sepatah kata yakni kita pernah mengucapkan "Saya akan doakan kamu" maka akan dituntut kelak ..aminn ya Allah hu ya Rabbul Alamiin..
^____________________^